Thailand | Bangkok 02: Mengesot dari Suvarnabhumi ke Hua Lamphong
Mengemas Dikemas Terkemas
Pinjam meminjam amalan
mulia, maka dengan itu abang meminjam bagasi daripada rakan abang bernama Hazem
Eslah. Selain perkakas kembara yang penting, bagasi tersebut menjadi sendat
dengan makanan tempatan seperti udang kering, magi, sos tomato dan ikan bilis.
Terima kasih kepada rakan luar negara abang, Melissa dan John dari Switzerland,
yang tidak memesan yang bukan-bukan seperti kerbau dan kambing masuk dalam beg
abang.
15 minit sebelum
bertolak keluar rumah, abang terlihat lubang kecil di tepi bagasi yang sendat
itu. Abang cuit. Baik, terkoyak terus. Gatal sangat tangan itu. Maka abang
dengan penuh bergayanya memindahkan barang daripada bagasi backpack kepada bagasi berroda akademi fantasia.
Baru nak berlagak
macam backpacker professional yang
sudah panjat Grand Canyon bagai. Sedih. Rasa macam tak mahu kawan semua orang.
Kesedihan abang
disambut titisan hujan petang. Semoga penerbangan tidak ditunda. Kalau AirAsia
tunda juga abang mahu mogok lapar, boleh?
Terbang Sudah
Bagasi yang sudah
didaftar masuk. Sebuah beg kamera. Buku merah (jangan lupa bawa moga-moga belum
tamat tempoh). Semua ada. Maka abang dan Hazem Eslah bertolak ke Bangkok
berdua. Rencananya mahu ketemu Melissa dan John di Bangkok. Dua jam
penerbangan. Tiada ipad. Tiada buku. Tiada filem untuk ditonton. Cuma rakan bromance yang berdengkur umpama mesin
air tebu masa bulan puasa. Abang bosan. Kau rasa?
Sampai Sudah. Kau Jangan Nak Berdengkur Sangat Boleh
Tak
Sawadee (Selamat
Datang). Alhamdulillah kami selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa
Suvanabhumi yang indah. Megahnya umpama KLIA kita, cuma di setiap sudut dan
bahagiannya dihiasi hasil seni yang memaparkan betapa kaya dan bangganya mereka
dengan budaya dan warisan. Cantik sekali. Oh, beza Bangkok dan
Malaysia ialah sejam ya. Sila ubah jam tangan anda. Kalau tak mahu ubah sudah.
Abang dah puas cakap. Tiba.
Menuju ke Hostel
Sejam di kaunter
imigresen. Ramai sangat dah kenapa? Wah macam abang seorang boleh jalan-jalan
kan? Haha. Hew. Abang bosan. Layan lah.
Apa yang abang suka
dengan kembara di kota Bangkok (juga di kota Singapura) ialah pengangkutan
keretapi yang sistematik, efisien dan murah! (Sky Train dan MRT Blue). MRT Blue
Train kelihatan seperti sedikit ketat dari segi kawalannya. Nak masuk stesen
siap kena scan segala tubuh badan dan
beg yang dibawa. Mungkin rentetan peristiwa bom baru-baru ini.
Dari Stesen
Suvarnabhumi > Makassan (Pertukaran Terminal MRT Blue Line... sila jalan
sedikit dan bakar lemak anda) > Petchaburi > Hua Lamphong. Jarak dari
stesen Hua Lamphong ke hostel kami kira-kira 30 saat. Tapi memandangkan Hazem
Eslah bijak pandai salah belok, maka berjalanlah kami lagi 15 minit. Hua Lamphong Hostel nama diberi. RM 140 berdua untuk dua malam sila
romen sampai lebam. Juga ada bilik dorm untuk
enam orang. 30 saat berjalan kaki dari stesen keretapi Hua Lamphong MRT Blue,
60 saat berjalan kaki dari stesen keretapi Bangkok, 90 saat berjalan kaki ke
7-E, dan berdekatan dengan hentian bas, teksi dan tuk tuk. Apa yang tak cukup
lagi di dunia ini?
Kalau suster ngesot duduk
sini pun dia tak banyak bunyi sebab dekat dengan banyak tempat.
Wifi dengan kelajuan
kuda (lupa bawa ipad maka nangis) kafe siber dengan caj minimal, kafe minum dan
tonggang bagi yang gemar mabuk-mabuk, dobi (600 baht setiap kg), bilik tv
dengan penghawa dingin dan dvd filem dan servis wisata kembara dengan pakej
yang menarik. Semua ada. Abang suka.
Cuma tiada lif naik
ke atas. Bilik tingkat 5. Sedangkan abang memiliki punggung yang berat untuk
dibawa mendaki ke awan. Ini situasi kejam. Tak kelakar sungguh.
Jejak Kasih
Kami bertemu John dan
Melissa di kamar mereka di tingkat tiga. Sejam sesi jejak kasih haruslah tidak
cukup untuk bergosip. Namun kami semua memerlukan tenaga untuk hari esok yang
panjang. Melissa menghadiahkan kami beberapa kilo coklat dari Switzerland. Wah
seronoknya! (Dan bertambah gemuknya kami?). Dan haruslah Melissa itu melompat sampai
terhantuk siling saat melihat rencah tempatan yang kami bawa.
Esok hari, Melissa
dan John mahu ke Myanmar. Maka abang dan Hazem perlu merencanakan aktiviti
berduet esoknya. Mahu ke mana ya?
Hairi Tahir
Comments
Post a Comment