Thailand | Bangkok 04: Malam di Patpong yang Penuh Puaka Itu
Patpong begitu tersohor dengan daerah hiburan di Bangkok, seringkali dirujuk sebagai daerah lampu merah (red light district) sempena pemfokusan industri seks. Tapi sepanjang jalan abang tak nampak pun orang beromen tepi jalan, hanyalah deretan gerai dan kedai orang menjual pelbagai barang. Dan beberapa buah kedai yang menjual alat permainan seks serta DVD gay. Sudah tentu mereka membuat projek kerjasama di kamar masing-masing. Awak gila apa.
5:30 Petang - Antara Patpong dan Sky Bar
Kami tiba di hostel dari Siem Paragorn. Beberapa minit kemudian, Melissa singgah di kamar kami. Rupa-rupanya kedua-dua pasangan suami isteri ini tidak dapat ke Myanmar pun kerana penerbangan ditunda disebabkan cuaca yang tidak mengizinkan. Sudahnya, mereka pun berkelana di kota Bangkok. Kalau tahu tadi, sudah tentu kami telah kembara bersama. Dan ditipu secara berjemaah juga.
Asalnya rencana mahu ke Chatuchak, sebuah pasar besar menjual pelbagai barang yang tidak terlintas di minda. Walau bagaimanapun, ide tersebut tidak disokong oleh Melissa dan John, berdasarkan pengalaman mereka sebelum ini. Katanya tempat tersebut terlalu besar dan kami juga masing-masing sedang lemah longlai kepenatan. Lagipun, setelah dikuras hebat sebentar tadi, kami tidaklah begitu ada bajet untuk membeli belah dan menyumbang kepada ekonomi Thailand. Akhirnya kami pun ke Patpong sahajalah. Semoga ketemu cenderahati menarik.
Melissa mencadangkan kami singgah di Skybar, sebuah bar open air di tingkat 63 State Tower, tempat kita bisa lihat pemandangan sekitar kota Bangkok. Asalnya mahu ke Chatuchak, sebuah pasar besar yang menjual pelbagai barang.
7:30 petang - Gerai-gerai Patpong yang Puaka
Dari Stesen Keretapi Hua Lamphong, kami menuju ke Stesen Keretapi Silom. Lembut betul cara pembuat pengumuman ni sebut nama stesen. Seawal jam 8 malam, para peniaga telah mula menyediakan gerai masing-masing. Terlihat beberapa poskad, fridge magnet yang comel-comel dan cantik-cantik. Abang pun ada beli sedikit untuk keluarga dan teman-teman. Sambil-sambil itu, menjamah nasi mangga melekit (mango sticky rice, ambil kau literal abang terjemah)
Beberapa jejaka menghampiri abang sambil menawarkan beberapa VCD gay lucah. Adakah abang kelihatan seperti gay bottom di mata kalian? Jujurlah sayang, aku tak mengapa. Tiba.
8:00 malam - Sky Bar

Setelah hampir 20 minit menapak jalan yang menjauh sehingga basah becak ketiak abang, kami akhirnya tiba di State Tower. Sayang sekali apabila Hazem tidak dibenarkan naik ke puncak kerana berpakaian yang tidak bersesuaian. Siapa suruh kau pakai Crocs. Nak naik ke puncak Sky Bar perlu patuh kepada etika pakaiannya. Maka bertabahlah kau di bawah sana menanti kami.
Kami pun menaiki ke puncak bangunan. Tampak jelas untuk bangsawan tempat ini. Maka abang dengan shirt merah dan seluar jeans lusuh terpaksa berlagak seperti abang ini anak-anak Datuk yang kurang kasih sayang maka dibelanja ayah untuk ke luar negara demi mencari pengalaman hidup. Baik, tidak begitu masuk akal. Tidak mengapa.
Oh, pemandangan dari atas puncaknya sungguhlah cantik. Suasananya begitu menenangkan. dengan alunan muzik klasik, angin bayu bertiup sepoi-sepoi bahasa, lampu neon biru bertukar ganti.
Oh, menenangkan dalam konteks ini ialah muzik-muzik klasik yang ada sinergi piano, violin dan sebagainya. Ya, abang faham, suasana yang paling tenang ialah bacaan Al-Quran, ini cuma menggambarkan suasananya tidaklah kalut seperti di tengah kota Bangkok.
Tiba defensif kenapa.
Kami di situ, tidaklah begitu lama, setelah beberapa petikan butang kamera yang mengakibatkan stress gambar samar-samar kurang cahaya itu, kami pun turun kembali ke bumi. Sebab itu, gambar semua abang kredit sumber asal. Dalam kamera semua hodoh dan menjengkelkan.

Kredit Foto: Asia-Bars.com |
9:00 p.m. - Pulang ke Patpong
Kami menuju kembali ke Stesen Keretapi Silom. Hazem dan abang memutuskan untuk mendapatkan urutan Siam di pusat refleksologi berdekatan. Melissa dan John pula terlalu penat untuk ke mana-mana (atau pun itu alasan semata), maka mereka memutuskan untuk pulang sahaja ke Hua Lamphong dan berkemas untuk perjalanan ke Siem Reap esoknya.
Sukar juga memilih pusat refleksologi di Patpong. Cara kedai dihias, cara pemakaian petugasnya, abang khuatir abang dicabul. #eh
Kami memilih sebuah kedai. Di dalamnya ada dua pasangan tua warga Eropah yang sedang tidur dengan nyenyak saat kaki diurut. Kami ditanya tentang pilihan jantina tukang urut - lelaki atau perempuan. Berdasarkan pengalaman abang, urutan perempuan kebanyakannya geli geleman, maka abang memilih lelaki. Hazem memilih perempuan.
Kemudian apabila kami membuat pemerhatian, jantina perempuan tersebut mungkin boleh diragui keperempuanannya berdasarkan saiz lilit buah dada dan halkum di tekak.
Dada beliau... Lapangan terbang.... Layan sahajalah, Hazem. Kau pun lelap, tak sempat nak stim bagai.
Usai sesi urut Siam, kami pulang ke hostel dan berkemas untuk pengembaraan esoknya. Ke Kemboja kita pergi!
Comments
Post a Comment