Thailand | Bangkok 03: Grand Palace di Mana Coklatku Cair
12:00 tengahari - Ketiak Becak Mencari Pintu Masuk ke Grand Palace
Mengorak langkah dari jeti ke jalan raya utama umpama mengheret jiwa yang lara kerana ditipu diperdaya. Kami menyusuri jalur pejalan kaki yang penuh dengan deretan warung dan kedai yang menjual barangan pelik, serta deretan kedai kopi usang dan lama. Waima sudah berkelana, pintu masuk ke Grand Palace tidak terlihat di hadapan mata. Di mana?
Sebenarnya abang dan Hazem sudah becak ketiak masing-masing. Bangkok ini kota yang panas tahu?
Kami didatangi seorang pemandu tuk tuk warga tempatan. Ah, ini sudah diduga. Kalau pamer wajah ragu-ragu seperti pelajar bengap matematik yang sedang diajar logaritma, memang akan ada warga tempatan yang menghampiri menawarkan bantuan. Yang sebenarnya penipuan.
Beliau bertanya, ke mana destinasi. Kami memberitahu kami mahu menuju ke Grand Palace. Mungkin pintu masuknya di hujung jalan nanti, ujar kami.
Oh, katanya Grand Palace pada hari tersebut ditutup bagi memberi ruang para sami beribadah. Tambahan pula, Hazem tidak akan dapat masuk ke dalam Grand Palace kerana memakai seluar pendek paras lutut. Oleh yang demikian, beliau mempelawa kami menaiki tuk tuknya untuk ke tempat menarik yang lain, memandangkan di hujung jalan nanti pun tiada apa-apa.
Abang tidak akan terperangkap dalam jerangkap samar mereka kali ini. Kami menolak dengan penuh sopan dan meneruskan jalan. Cuaca semakin terik, matahari semakin menaik, peluh semakin tengik, sumpah rasa nak balik. Kami berhenti seketika di gerai berdekatan untuk membeli air Coke lantaran kehausan tahap dewa. Semakin kami meneruskan jalan, semakin kami mendapati bahawa seolah-olah tiada apa di hujung jalan, hanyalah deretan kedai jual barang bukan-bukan. Mungkinkah pemandu tuk tuk tadi bercakap benar?
Namun kami teruskan jua perjalanan. Akhirnya, di hujung jalan, kami ketemu pintu masuk Grand Palace! Ya! Di hujung jalan! Yang dikatakan tiada apa-apa kononnya. Penipu betul beliau. Benci abang.
Ha nampak itu? Grand Palace dibuka setiap hari, jam 8.30 pagi sehingga 4.30 petang. Dah nama pun tempat pentadbiran dan keagamaan Siam, sah sahlah para sami beribadat setiap hari, tak perlulah tempat ini tutup! Lagi satu, kalian mahu pakai apa sekalipun pakai lah, songket ke, skirt pendek ke, hot pants ke, boleh masuk ke dalam dengan syarat, deposit 200 baht dan ambil kain/seluar yang disediakan untuk sepanjang tempoh melawat Grand Palace.
Licik tak, tipu helah beliau? Rasa nak tampar.
Kami pun segera ke kaunter untuk menukar seluar. Oh, sebenarnya yang berseluar pendek hanyalah Hazem, tapi abang pun menggeletat nak pakai seluar dengan hasil seni tempatan, konon ambil semangat. Haha. Tatkala kami sedang tekun beratur, abang terlihat beberapa poster tertampal di dinding dan pintu:
Masuk akal sekarang?
Izinkan abang berkongsi serba sedikit tipu daya kota Bangkok berdasarkan pengalaman dan pembacaan abang yang tak seberapa ini:
1. Warga Tempatan yang Peramah: Orang Siam memang peramah dan mesra. Namun, sekiranya mereka yang menghampiri kita terlebih dahulu serta menawarkan bantuan, berhati-hatilah!
2. Closed Today: Sami beribadah, maka Grand Palace ditutup, oleh itu marilah naik tuk tuk saya dan saya akan membawa anda ke Lucky Buddha dan membeli belah barang kemas. Nampak papan tanda tadi? Grand Palace dibuka setiap hari.
Usai menyalin seluar panjang, kami menuju ke kaunter tiket. Setiap pengunjung dikenakan 400 baht untuk masuk. Grand Palace akan ditutup jam 4:30 petang. Panasnya Bangkok, awak boleh berpeluh tanpa perlu buat apa-apa.
Grand Palace merupakan kombinasi istana Diraja, pusat pentadbiran dan keagamaan. Dah macam milo 3 in 1, segala fungsi dia ada. Perkhidmatan pemandu pelancong disediakan percuma tetapi tertakluk kepada waktu-waktu tertentu, 10 pagi, 10.30 pagi, 1.30 tengahari dan 2 petang. Memandangkan kami kesuntukan masa, maka kami pun acah-acah jadi pemandu pelancong sesama sendiri.
Abang memang senang terhibur.
Beberapa bangunan, terutamanya Temple of the Emerald Buddha berkilauan keemasan. Rasa macam nak kikis sedikit masuk dalam poket seludup bawa balik rumah. Sangat cantik dan halus seni ukirannya. Sepanjang jalan abang dihenyak kekaguman tanpa henti. Cuma. Panas. Hinggakan satu bar coklat Melissa beri semalam (konon nak jadikan bekal jika lapar) cair menjadi air coklat boleh dikocak-kocak. Habis kain pelekat dan passport dicalit coklat.
3:30 petang - Selesai Kembara Sekitar Grand Palace
Jam menghampiri pukul 3.30 petang, kami sudah selesai dengan pengembaraan sekitar Grand Palace dan sakit kepala kerana kepanasan. Abang yakin abang pulang dengan kulit terbakar. Kami pun segera ke kaunter pintu masuk untuk memulangkan seluar (dan memakai kembali seluar kami, gila, takkan nak jalan pulang dengan spender) dan menuntut kembali deposit 200 baht kami. Dalam perjalanan keluar, terlihat dua pegawai keselamatan sedang melaksanakan kawad tukar syif. Nak tukar syif pun kena kawad, siap ada baca mentera ke, ikrar apa entah.
Hazem flipped through the map of the City of Bangkok. The next destination was Siem Paragorn mall. Our feet was tired and in need of reflexology massage. Outside the Grand Palace entrance, we saw Tuk Tuk taxis were lined up to devour upon their prey. We negotiated with four Tuk Tuk drivers with regards to the fare from Grand Palace to Siem Paragorn. The price was still 200 baht. I believed that there must be a cheaper fare. We saw some buses dropping by passengers. I was so sure that any one of those buses will bring us to the mall.
So we decided to board a bus. Few buses passed by. And we still did not know which one was heading to Siem Paragorn. We asked all the bus drivers that stopped by and none of them understand English. Not even the word "Siem Paragorn" itself.
We were there for 15 minutes. Finally we decided to ask around. Hazem saw two high school kids, who are waiting for the bus nearby. We asked them how to take a bus to Siem Paragorn. Thank God, they did understand basic English.
"You follow us," one of them said. We were lucky that they were also heading towards the same direction. Well, not all local people are bad. Some of them are really helpful. Only if you find the correct one.
The bus arrived few minutes later. We boarded the bus for only 65 baht! We saved RM18! I didn't mind boarding the bus, trapped in traffic jam for about half an hour, and trying to survive the heat. It was a bus, and not a private jet anyway.
4:30 p.m. - Siem Paragorn
Siem Paragorn is of no difference than the other malls in Malaysia such as Mid Valley, KLCC, Pavilion, One Utama and others. We had our fillet o fish. And our relaxing reflexology.

Do not trust Strangers who OFFERED tuk tuk and
lucky Buddha.

Aku lelap dalam urutan telapak kaki gadis
Siam.
Till then, adios.
Hairi Tahir
To be continued...
Comments
Post a Comment