Sunday, 9 February 2014

Epilog Kembara Haji dan Umrah 2013

Subuh di perkarangan Masjidil Haram

“Dan berserulah kepada manusia untuk mengerjakan haji, nescaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki dan menunggang unta yang kurus yang datang dari segenap penjuru yang jauh." (Surah Al-Haj: 27)

2013. Abang menyahut seruan haji itu.

Melakar kembali cerita kembara haji dan umrah ke Tanah Suci tidak semudah yang disangka. Mencari kata, menyusun bicara, namun ada kalanya gagal mencari sempurna. Sejujurnya tiada baris kata yang adil dan saksama untuk menggambarkan rasa sebenar dalam jiwa. Cubalah bertanya kepada sesiapa sahaja yang telah menjejakkan kaki ke Tanah Suci ini. Sesungguhnya mereka akan mengakui tiada bandar atau kota di dunia ini seindah dan setenang dua kota Haram ini.

Sesaknya dataran Tawaf
















Undangan ke Tanah Suci

“Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya, nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya) serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya." (surah apa ini ya?)

Tidak pernah terlintas di hati bahawa abang akan menerima undangan ke Tanah Suci semuda ini (pada usia 29 tahun). Nama belum berdaftar dengan Tabung Haji. Duit simpanan bulan-bulan pun belum mencukupi. Segalanya umpama mustahil untuk haji menjadi suatu realiti. Tetapi abang lupa, gerak kerja Sang Pencipta itu misteri. Nikmat-Nya dianugerahkan dalam situasi yang tidak tercapai imaginasi.

Ketika itu, hanya ada empat minggu sahaja lagi sebelum Bonda dan Kak Fiza bertolak ke Tanah Suci. Suatu hari, Kak Fiza menerima panggilan daripada Tabung Haji. Membawa perkhabaran oleh Kerajaan Arab Saudi. Bahawa jemaah haji wanita bawah usia 45 tahun hendaklah ditemani seorang mahram lelaki.

Setelah berbincang dengan kakak dan seisi keluarga, kami bersetuju untuk abang menjadi mahramnya. Dalam tempoh empat minggu itu jugalah abang berhempas pulas menyediakan segalanya. Berkat doa daripada semua, yang sukar menjadi mudah, yang belum menjadi sudah. Seiring dengan nama Eid Adha atau Hari Raya Korban, panggilan haji ini menuntut pengorbanan kita. Pengorbanan meninggalkan isteri dan keluarga tercinta. Pengorbanan meninggalkan bebanan tugasan dan kerja. Pengorbanan wang ringgit, simpanan dan harta. Pengorbanan memperuntukkan sejumlah masa.

Tanggal 7 Oktober 2013, abang hanya membawa minda dan jiwa. Serta rasa kehambaan yang tulus menyahut panggilan Sang Pencipta. Menyaksi tangisan sanak saudara meruntun sebak di dada, abang mengorak langkah jua. Ini panggilan yang Maha Esa.

LabbaikAllah humma labbaik!


Related Article:

5 Nukilan:

dzuchan said...

cerita ni memngingatkan tentang perjalanan haji parents saya tahun 2011. diorang pun dapat tau last minute sebab surat lambat sampai dll. tapi dah rezeki menjadi tetamu selamat jugak diorang pergi dan kembali.
ingat lagi suasana dekat kelana jaya tu. tak tau la kenapa memang sedih sangat masa tengok diorang masuk dlm complex, dengan alunan zikir, lepas tu tengok sekeliling ada yang tinggal anak2 kecik, lagila rasa sedih.
btw, dah kena panggil Hj. Hairi la kan? :-)

agip roslan said...

Alhamdulillah. tahniah haji. tetiba rase touching bace entry neh. keep it coming. waiting for it!

Hairi Tahir said...

Memang sayu lah hati masa nak pergi dari Kelana Jaya. Both for those who are leaving, and those left behind. Kalau ingat balik, sebak juga lah.

Haha.. Haji Hairi katanya...

Hairi Tahir said...

Terima kasih :)
Oh ni baru intro. Nanti yang lain-lain lagi touching. Haha.
InsyaAllah, aku cuba menyiapkan sebaik mungkin...
Bz...

Zahrah mastura said...

Alhamdulillah..tahniah kerana telah menjadi tetamu Allah..bila baca entry hairi ni teringt masa pgi haji 2012..xsangka dapat pergi juga akhirnye...alhamdulillah..banyak kisah suka duka disana...rindu rasanya pada haramain..thanks 4this sharing..semoga dapat kembali lagi kesana insya allah :-)

Post a Comment


 

Footer Widget #1

Instagram

Sosial

http://i62.tinypic.com/fw2lif.png

Lepas Ni Abang ke

1. New Zealand | South Island
2. London | UK

3. Solo & Jogjakarta | Indonesia

4. Surabaya (Semeru & Bromo)
Copyright 2010 ABANG JALAN. All rights reserved.
Themes by Bonard Alfin | Distributed by: free blogger template videobest blogger templates of 2013 | best vpn anonymous best vpn on mac