Thursday, 28 June 2012

Universal Studios Singapore 01: Tips for a Memorable Trip (22 - 24 June 2012)

Let's get this straight.

Long queue for rides can be really crazy. And we don't have that much time to spend for a day. Spending your 10 minutes to read this will at least give you a rough picture on how to maximise your 8 hours in USS.



Thursday, 21 June 2012

About Universal Studios Singapore

theme park located within Resorts World Sentosa on Sentosa Island, Universal Studios Singapore (USS) is the second Universal Studios theme park opened in Asia (after Japan) and the first in Southeast Asia. It is said that this park will be the only one of its kind in Southeast Asia for the next 30 years. 


Tuesday, 19 June 2012

Phuket Night Life Part 2

Motorcycle Ride Around Phuket Town


Renting motorcycles is a great way to tour the countryside. The rent price range from 200 baht to 400 baht per day, depending on the types of motorcycle. For daily rentals, it is reasonable to expect that the lessor would require your passport as a deposit. And please do not forget your helmet, because if you did not do so, you may be fined up to 300 baht by traffic officers, who supervised the town quite actively.


Monday, 18 June 2012

Phuket Night Life Part 1

As I have mentioned earlier, this is not a backpacking experience. I was here for a conference. Hence, all the logistic arrangements including flight ticket, accommodation, meals and transportation were arranged by the organiser. 



Saturday, 16 June 2012

About Phuket


Formerly known as Thalang, Phuket is the biggest island in Thailand. It was said that the word Phuket originates from a Malay word of "Bukit" which means hill. Particularly because of its geographically mountainous land. 


Wednesday, 6 June 2012

Siem Reap Part 4: Life in Tonle Sap


Tonle Sap the Great Lake
The largest lake in South East Asia, Tonle Sap is actually a combined lake and river in Cambodia, feeding the Mekong River. Geographically, it is unusual for the reason that it changes its flow twice a year. Historically, it witnessed the naval battles (between the Khmer and the Chams armies) and also the tragic death of thousand innocent souls attributable to the vicious and ruthless Khmer Rouge regime.



Siem Reap Part 3: Angelina Jolie Ran Amok


Ta Phrom Temple
There is a poetic cycle to this vulnerable ruin, with humanity first conquering nature to rapidly create, and nature once again conquering humanity to slowly destroy. 
(Lonely Planet: Cambodia)



Tuesday, 5 June 2012

Siem Reap Part 2: Smiling Bayon Temple


Bayon Temple
Its architectural audacity epitomises the creative genius and inflated ego of this enigmatic figure. (Lonely Planet: Cambodia)



Siem Reap Part 1: Angkor "What"?


Angkor Wat - Source of Inspiration and National Pride of the Khmers
Angkor Wat is the world's foremost ancient sites, with the epic proportions of the Great Wall of China, the detail and intricacy of Taj Mahal, and the symbolism and symmetry of the pyramids, all rolled into one. (Lonely Planet: Cambodia)



Monday, 4 June 2012

Cross Border Aranyaprathet - Poipet


Siem Reap
Angkor was discovered in the 19th century and since then Siem Reap began to grow. I was told by a tourist guide that Siem Reap means "Siamese defeated". It is irony since Thailand (Siamese) defeated Cambodia and was in control of Siem Reap and Angkor from 1794 to 1907 (Lonely Planet).

Lepas tu pemandu pelancong tu tanya balik, kenapa nama negara kamu diberi nama Malaysia. Jenuh nak menjawab. Terus keluar fakta pemisahan Tanah Melayu dengan Singapura bagai....



Cambodia | Siem Reap 01: Cari Susur Galur Katanya

"Ascends to the realm of the gods, Angkor Wat. Descend into the hell of the Khmre Rouge at Tuol Sleng. Thanks to a history both inspiring and depressing, Cambodia delivers an intoxicating present for adventurous visitors."

Lonely Planet



Thailand | Bangkok 05: Enam Jam Kematu Punggung


5:15 pagi - Menaiki Keretapi ke Aranyaprathet
Sesudah solat Subuh, kami bergegas ke Stesen Keretapi Hua Lamphong yang berhadapan dengan hotel. Dalam kegelapan Subuh itu, suasana stesen keretapi sudah mulai sesak dengan pelbagai golongan masyarakat. Jelas sekali, masing-masing punya urusan dan hal tersendiri. Kami perlu segera melangkah memandangkan keretapi pertama akan berlepas jam 5:30 pagi dari Bangkok ke Aranyaprathet, di mana terletaknya sempadan antara Thailand dan Cambodia. Setelah membeli tiket di kaunter, kami pun berlari-lari anak ke terminal. 

Seksa tahu, membawa bagasi tarik, abang sering ketinggalan di belakang berbanding mereka dengan beg masing-masing. Kalau nak merajuk pun mampus tiada siapa mahu pujuk. 



Saturday, 2 June 2012

Thailand | Bangkok 04: Malam di Patpong yang Penuh Puaka Itu

Patpong begitu tersohor dengan daerah hiburan di Bangkok, seringkali dirujuk sebagai daerah lampu merah (red light district) sempena pemfokusan industri seks. Tapi sepanjang jalan abang tak nampak pun orang beromen tepi jalan, hanyalah deretan gerai dan kedai orang menjual pelbagai barang. Dan beberapa buah kedai yang menjual alat permainan seks serta DVD gay. Sudah tentu mereka membuat projek kerjasama di kamar masing-masing. Awak gila apa. 



Thailand | Bangkok 03: Grand Palace di Mana Coklatku Cair


12:00 tengahari - Ketiak Becak Mencari Pintu Masuk ke Grand Palace

Mengorak langkah dari jeti ke jalan raya utama umpama mengheret jiwa yang lara kerana ditipu diperdaya. Kami menyusuri jalur pejalan kaki yang penuh dengan deretan warung dan kedai yang menjual barangan pelik, serta deretan kedai kopi usang dan lama. Waima sudah berkelana, pintu masuk ke Grand Palace tidak terlihat di hadapan mata. Di mana?


Sebenarnya abang dan Hazem sudah becak ketiak masing-masing. Bangkok ini kota yang panas tahu?

Kami didatangi seorang pemandu tuk tuk warga tempatan. Ah, ini sudah diduga. Kalau pamer wajah ragu-ragu seperti pelajar bengap matematik yang sedang diajar logaritma, memang akan ada warga tempatan yang menghampiri menawarkan bantuan. Yang sebenarnya penipuan. 

Beliau bertanya, ke mana destinasi. Kami memberitahu kami mahu menuju ke Grand Palace. Mungkin pintu masuknya di hujung jalan nanti, ujar kami.

Oh, katanya Grand Palace pada hari tersebut ditutup bagi memberi ruang para sami beribadah. Tambahan pula, Hazem tidak akan dapat masuk ke dalam Grand Palace kerana memakai seluar pendek paras lutut. Oleh yang demikian, beliau mempelawa kami menaiki tuk tuknya untuk ke tempat menarik yang lain, memandangkan di hujung jalan nanti pun tiada apa-apa.


Abang tidak akan terperangkap dalam jerangkap samar mereka kali ini. Kami menolak dengan penuh sopan dan meneruskan jalan. Cuaca semakin terik, matahari semakin menaik, peluh semakin tengik, sumpah rasa nak balik. Kami berhenti seketika di gerai berdekatan untuk membeli air Coke lantaran kehausan tahap dewa. Semakin kami meneruskan jalan, semakin kami mendapati bahawa seolah-olah tiada apa di hujung jalan, hanyalah deretan kedai jual barang bukan-bukan. Mungkinkah pemandu tuk tuk tadi bercakap benar? 

Namun kami teruskan jua perjalanan. Akhirnya, di hujung jalan, kami ketemu pintu masuk Grand Palace! Ya! Di hujung jalan! Yang dikatakan tiada apa-apa kononnya. Penipu betul beliau. Benci abang. 


Ha nampak itu? Grand Palace dibuka setiap hari, jam 8.30 pagi sehingga 4.30 petang. Dah nama pun tempat pentadbiran dan keagamaan Siam, sah sahlah para sami beribadat setiap hari, tak perlulah tempat ini tutup! Lagi satu, kalian mahu pakai apa sekalipun pakai lah, songket ke, skirt pendek ke, hot pants ke, boleh masuk ke dalam dengan syarat, deposit 200 baht dan ambil kain/seluar yang disediakan untuk sepanjang tempoh melawat Grand Palace. 

Licik tak, tipu helah beliau? Rasa nak tampar. 
 
Kami pun segera ke kaunter untuk menukar seluar. Oh, sebenarnya yang berseluar pendek hanyalah Hazem, tapi abang pun menggeletat nak pakai seluar dengan hasil seni tempatan, konon ambil semangat. Haha. Tatkala kami sedang tekun beratur, abang terlihat beberapa poster tertampal di dinding dan pintu:



Do not trust Strangers who OFFERED tuk tuk and lucky Buddha.

Masuk akal sekarang?


Izinkan abang berkongsi serba sedikit tipu daya kota Bangkok berdasarkan pengalaman dan pembacaan abang yang tak seberapa ini:

1. Warga Tempatan yang Peramah: Orang Siam memang peramah dan mesra. Namun, sekiranya mereka yang menghampiri kita terlebih dahulu serta menawarkan bantuan, berhati-hatilah!


2. Closed Today: Sami beribadah, maka Grand Palace ditutup, oleh itu marilah naik tuk tuk saya dan saya akan membawa anda ke Lucky Buddha dan membeli belah barang kemas. Nampak papan tanda tadi? Grand Palace dibuka setiap hari. 








Usai menyalin seluar panjang, kami menuju ke kaunter tiket. Setiap pengunjung dikenakan 400 baht untuk masuk. Grand Palace akan ditutup jam 4:30 petang. Panasnya Bangkok, awak boleh berpeluh tanpa perlu buat apa-apa.


Grand Palace merupakan kombinasi istana Diraja, pusat pentadbiran dan keagamaan. Dah macam milo 3 in 1, segala fungsi dia ada. Perkhidmatan pemandu pelancong disediakan percuma tetapi tertakluk kepada waktu-waktu tertentu, 10 pagi, 10.30 pagi, 1.30 tengahari dan 2 petang. Memandangkan kami kesuntukan masa, maka kami pun acah-acah jadi pemandu pelancong sesama sendiri. 

Abang memang senang terhibur. 





Beberapa bangunan, terutamanya Temple of the Emerald Buddha berkilauan keemasan. Rasa macam nak kikis sedikit masuk dalam poket seludup bawa balik rumah. Sangat cantik dan halus seni ukirannya. Sepanjang jalan abang dihenyak kekaguman tanpa henti. Cuma. Panas. Hinggakan satu bar coklat Melissa beri semalam (konon nak jadikan bekal jika lapar) cair menjadi air coklat boleh dikocak-kocak. Habis kain pelekat dan passport dicalit coklat.

















3:30 petang - Selesai Kembara Sekitar Grand Palace
Jam menghampiri pukul 3.30 petang, kami sudah selesai dengan pengembaraan sekitar Grand Palace dan sakit kepala kerana kepanasan. Abang yakin abang pulang dengan kulit terbakar. Kami pun segera ke kaunter pintu masuk untuk memulangkan seluar (dan memakai kembali seluar kami, gila, takkan nak jalan pulang dengan spender) dan menuntut kembali deposit 200 baht kami. Dalam perjalanan keluar, terlihat dua pegawai keselamatan sedang melaksanakan kawad tukar syif. Nak tukar syif pun kena kawad, siap ada baca mentera ke, ikrar apa entah. 

Hazem flipped through the map of the City of Bangkok. The next destination was Siem Paragorn mall. Our feet was tired and in need of reflexology massage. Outside the Grand Palace entrance, we saw Tuk Tuk taxis were lined up to devour upon their prey. We negotiated with four Tuk Tuk drivers with regards to the fare from Grand Palace to Siem Paragorn. The price was still 200 baht. I believed that there must be a cheaper fare. We saw some buses dropping by passengers. I was so sure that any one of those buses will bring us to the mall. 
 
So we decided to board a bus. Few buses passed by. And we still did not know which one was heading to Siem Paragorn. We asked all the bus drivers that stopped by and none of them understand English. Not even the word "Siem Paragorn" itself.

 
We were there for 15 minutes. Finally we decided to ask around. Hazem saw two high school kids, who are waiting for the bus nearby. We asked them how to take a bus to Siem Paragorn. Thank God, they did understand basic English. 

 
"You follow us," one of them said. We were lucky that they were also heading towards the same direction. Well, not all local people are bad. Some of them are really helpful. Only if you find the correct one. 


The bus arrived few minutes later. We boarded the bus for only 65 baht! We saved RM18! I didn't mind boarding the bus, trapped in traffic jam for about half an hour, and trying to survive the heat. It was a bus, and not a private jet anyway.


4:30 p.m. - Siem Paragorn

Siem Paragorn is of no difference than the other malls in Malaysia such as Mid Valley, KLCC, Pavilion, One Utama and others. We had our fillet o fish. And our relaxing reflexology.   


Aku lelap dalam urutan telapak kaki gadis Siam.

Till then, adios  

Hairi Tahir

To be continued...


Thailand | Bangkok 03: Menyelusuri Sungai Chao Phraya Sambil Memaki Hamun dengan Riang


Bangun pagi jam 5:30. Solat Subuh. Tidur semula. Bangun awal untuk menyaksi mentari pagi itu tinggal cita-cita semata. Jam 9:00 pagi baru bangun, itu pun lantaran cahaya mentari pagi menembusi kain langsir merah, jika tidak mungkin berpotensi bangun esok harinya. Buruk perangai anak-anak dara bangun lambat.

Kami bingkas bangun dan bersiap untuk kembara di sekitar kota Bangkok. Hanya berbekalkan peta di tangan kanan dan brosur kembara di tangan kiri, kami memilih merentasi Sungai Chao Phraya dengan bot. Walaupun setelah berbincang, berdebat dan berbahas bagai.

Di Stesen Silom, kami kelihatan termangu-mangu dungu mencari arah hala tuju sehinggalah seorang lelaki tua menghampiri dan menawarkan diri memberi panduan di mana lokasi terbaik dengan harga yang murah. Katanya harga termurah ialah 2000 baht satu bot. Selain itu tuk tuk ke sana hanyalah memerlukan 30 baht. Wah, beruntung sungguh ada orang datang menolong. Siap mengiringi abang dan Hazem ke tuk tuk lagi. Karpet merah dengan paluan kompang saja yang tiada.  



Tuk tuk tersebut membawa kami berdua merentasi lautan trafik di kota Bangkok menuju ke jeti yang dimaksudkan. Setibanya kami di jeti yang dimaksudkan, kami disambut dengan penuh kasih sayang dengan sedikit taklimat yang menerangkan pengembaraan bot yang berharga 3000 baht itu. Katanya di jeti lain berharga 4000 baht atau lebih. Abang mengitari kawasan sekeliling. Tiada pelancong lain yang kelihatan. Adakah pengembaraan melalui bot seperti ini sudah kurang popular? Atau kerana harganya yang mahal? 

Usai melaksanakan pembayaran berharga 3000 baht itu, kami menaiki sebuah bot besar yang boleh memuatkan sehingga 15 orang. Bot sebesar itu hanya untuk kami berdua. Dan sepasang suami isteri yang mungkin pemilik bot tersebut. Mahal juga harga pengembaraan sebegini.


Perlahan-lahan bot meninggalkan jeti. Oh, inilah rupanya Sungai Chao Phraya, medium pengangkutan serta tumpuan utama perdagangan dan aktiviti ekonomi di Siam berkurun lamanya. Pada hari ini, waima wujudnya jalan raya berturap, Chao Phraya kekal sebagai medium pengangkutan alternatif.

Kami menyaksikan beberapa bot berlalu pergi, sama ada dari arah yang serupa atau arah berbeza. Setiap bot memuatkan lebih daripada dua orang penumpang. Abang dan Hazem berpandangan sesama sendiri. Sekarang fahamlah abang mengapa tiada pelancong lain di jeti tersebut. Kami telah ditipu. Kami sebenarnya telah membayar harga untuk seluruh bot!

Pengajaran 1: Lakukan kajian sebelum memulakan pengembaraan. Walau sesingkat mana masa.

Dan yang paling mengerikan, abang terpaksa mengukir riak wajah: Maaf, kami bukanlah pasangan gay yang sedang berbulan madu berdua di atas bot ini” kepada para pelancong di dalam bot lain yang memberikan riak wajah Awwhhhh sweetnya gay couple ini!


Wat Arun
Menyelusuri Sungai Chao Phraya mengingatkan abang Sungai Muar Johor (kampung halaman). Terlihat bangunan-bangunan bandar Thailand yang memuatkan ratusan hotel dan pejabat. Jelas sekali rakyat tempatan sangat mengagungkan Raja mereka dengan banner dan bunting yang diletakkan di kebanyakan bangunan.

Wat Arun, sebuah kuil Buddha tua tesergam indah dari jauh setelah 15 meninggalkan jeti. Kami hanya diberi masa selama 20 minit untuk melawati kawasan ini. 20 minit sahaja. Berguraukah ini laki bini? Abang bayar 1500 baht tahu! Sudahlah di pintu masuk juga dikenakan bayaran 50 baht. Turun ke jeti pun kena 20 baht lagi. Kentut pun mungkin berbayarkah?

Memandangkan kami telah bersedekah amal jariah kepada perempuan gila anak saudagar penipu di jeti tadi maka kami tidaklah begitu berwang sangat. Maka, kami memutuskan untuk berjalan-jalan sahaja keliling Wat Arun. Cuaca yang sangatlah panas, dengan ketiadaan krim sun block, abang rasa kulit abang seperti digoreng rangup dek cahaya matahari.




20 minit berlalu pergi begitu pantas sekali. Kami kembali ke bot untuk ke destinasi seterusnya (kalau ada, ya masih bengang). Kami meninggalkan Wat Arun. Pemandangan sedikit demi sedikit berubah daripada pemandangan bandar kepada kawasan pertempatan awam. Beberapa rumah tua masih tesergam megah. Beberapa sampan dan bot kecil di parkir di luar rumah, mungkin sebagai pengangkutan ke bandar. Atau pergi mengumpat dengan jiran sebelah.




Kadang-kala kami disapa beberapa penjual yang menjual buah-buahan dan jajan di atas bot. Kiranya seperti sampan runcit bergerak. Minta maaf ya, pakcik. Kami tak mahu beli. Sila kayuh ke sampan sebelah. 

Menyedari masa yang diperuntukkan telah hampir tamat, si suami segera memusingkan bot kea rah jeti berhampiran Grand Palace. Si isteri segera mengeluarkan brosur kembara wisata ke lokasi lain termasuklah pertunjukkan ular yang berharga 500 baht. Kalian sudah kencing abang tadi, memang tiada makna abang nak pergi oi. Abang belit ular tu pada leher kau orang nanti (walaupun sendiri geli kan).

Saat menghampiri jeti, si isteri meminta tips. Abang tak mahu beri. Hazem berhati mulia nan waja bersetuju memberi 20 baht. Si isteri tergelak jahat dan meminta 100 baht. Orang beri betis, nak peha! Aku terajang juga suami isteri masuk sungai nanti.  Maka kami terus tidak jadi memberi wang upah kepada pasangan yang tidak tahu bersyukur ini.

Ya, tumpang turun di jeti ini pun kena 20 baht. Abang rasa nak menerajang angin.

Kami berlalu menuju ke Grand Palace, merentasi deretan kedai kopi dan kedai runcit usang, meninggalkan pasangan tersebut terpinga-pinga menanti mangsa lain yang tidak peka dengan tipu daya bandar Bangkok seperti abang berdua. Pengajaran buat abang, pengajaran buat kalian semua. Tidak mengapa. Ini pengalaman pertama abang. 


Bersambung… wah macam slot Akasia Tv3 pula.



Friday, 1 June 2012

Thailand | Bangkok 02: Mengesot dari Suvarnabhumi ke Hua Lamphong



Mengemas Dikemas Terkemas
Pinjam meminjam amalan mulia, maka dengan itu abang meminjam bagasi daripada rakan abang bernama Hazem Eslah. Selain perkakas kembara yang penting, bagasi tersebut menjadi sendat dengan makanan tempatan seperti udang kering, magi, sos tomato dan ikan bilis. Terima kasih kepada rakan luar negara abang, Melissa dan John dari Switzerland, yang tidak memesan yang bukan-bukan seperti kerbau dan kambing masuk dalam beg abang.

15 minit sebelum bertolak keluar rumah, abang terlihat lubang kecil di tepi bagasi yang sendat itu. Abang cuit. Baik, terkoyak terus. Gatal sangat tangan itu. Maka abang dengan penuh bergayanya memindahkan barang daripada bagasi backpack kepada bagasi berroda akademi fantasia.

Baru nak berlagak macam backpacker professional yang sudah panjat Grand Canyon bagai. Sedih. Rasa macam tak mahu kawan semua orang.

Kesedihan abang disambut titisan hujan petang. Semoga penerbangan tidak ditunda. Kalau AirAsia tunda juga abang mahu mogok lapar, boleh?

Terbang Sudah
Bagasi yang sudah didaftar masuk. Sebuah beg kamera. Buku merah (jangan lupa bawa moga-moga belum tamat tempoh). Semua ada. Maka abang dan Hazem Eslah bertolak ke Bangkok berdua. Rencananya mahu ketemu Melissa dan John di Bangkok. Dua jam penerbangan. Tiada ipad. Tiada buku. Tiada filem untuk ditonton. Cuma rakan bromance yang berdengkur umpama mesin air tebu masa bulan puasa. Abang bosan. Kau rasa?

Sampai Sudah. Kau Jangan Nak Berdengkur Sangat Boleh Tak
Sawadee (Selamat Datang). Alhamdulillah kami selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvanabhumi yang indah. Megahnya umpama KLIA kita, cuma di setiap sudut dan bahagiannya dihiasi hasil seni yang memaparkan betapa kaya dan bangganya mereka dengan budaya dan warisan. Cantik sekali.  Oh, beza Bangkok dan Malaysia ialah sejam ya. Sila ubah jam tangan anda. Kalau tak mahu ubah sudah. Abang dah puas cakap. Tiba.

Menuju ke Hostel
Sejam di kaunter imigresen. Ramai sangat dah kenapa? Wah macam abang seorang boleh jalan-jalan kan? Haha. Hew. Abang bosan. Layan lah.

Apa yang abang suka dengan kembara di kota Bangkok (juga di kota Singapura) ialah pengangkutan keretapi yang sistematik, efisien dan murah! (Sky Train dan MRT Blue). MRT Blue Train kelihatan seperti sedikit ketat dari segi kawalannya. Nak masuk stesen siap kena scan segala tubuh badan dan beg yang dibawa. Mungkin rentetan peristiwa bom baru-baru ini.

Dari Stesen Suvarnabhumi > Makassan (Pertukaran Terminal MRT Blue Line... sila jalan sedikit dan bakar lemak anda) > Petchaburi > Hua Lamphong. Jarak dari stesen Hua Lamphong ke hostel kami kira-kira 30 saat. Tapi memandangkan Hazem Eslah bijak pandai salah belok, maka berjalanlah kami lagi 15 minit. Hua Lamphong Hostel nama diberi. RM 140 berdua untuk dua malam sila romen sampai lebam. Juga ada bilik dorm untuk enam orang. 30 saat berjalan kaki dari stesen keretapi Hua Lamphong MRT Blue, 60 saat berjalan kaki dari stesen keretapi Bangkok, 90 saat berjalan kaki ke 7-E, dan berdekatan dengan hentian bas, teksi dan tuk tuk. Apa yang tak cukup lagi di dunia ini?

Kalau suster ngesot duduk sini pun dia tak banyak bunyi sebab dekat dengan banyak tempat.

Wifi dengan kelajuan kuda (lupa bawa ipad maka nangis) kafe siber dengan caj minimal, kafe minum dan tonggang bagi yang gemar mabuk-mabuk, dobi (600 baht setiap kg), bilik tv dengan penghawa dingin dan dvd filem dan servis wisata kembara dengan pakej yang menarik. Semua ada. Abang suka.

Cuma tiada lif naik ke atas. Bilik tingkat 5. Sedangkan abang memiliki punggung yang berat untuk dibawa mendaki ke awan. Ini situasi kejam. Tak kelakar sungguh. 

Jejak Kasih
Kami bertemu John dan Melissa di kamar mereka di tingkat tiga. Sejam sesi jejak kasih haruslah tidak cukup untuk bergosip. Namun kami semua memerlukan tenaga untuk hari esok yang panjang. Melissa menghadiahkan kami beberapa kilo coklat dari Switzerland. Wah seronoknya! (Dan bertambah gemuknya kami?). Dan haruslah Melissa itu melompat sampai terhantuk siling saat melihat rencah tempatan yang kami bawa.

Esok hari, Melissa dan John mahu ke Myanmar. Maka abang dan Hazem perlu merencanakan aktiviti berduet esoknya. Mahu ke mana ya?

Hairi Tahir


Thailand | Bangkok 01: Gila Panjang Nama Dia


Krung Thep Mahanakhon Amon Rattanakosin Mahinthara Ayuthaya Mahadilok Phop Noppharat Ratchathani Burirom Udomratchaniwet Mahasathan Amon Piman Awatan Sathit Sakkathattiya Witsanukam Prasit.

(The city of angels, the great city, the residence of the Emerald Buddha, the impregnable city (unlike Ayutthaya) of God Indra, the grand capital of the world endowed with nine precious gems, the happy city, abounding in an enormous Royal Palace that resembles the heavenly abode where reigns the reincarnated god, a city given by Indra and built by Vishnukarn)


Ini nama sebenar kota Bangkok. Kalau keluar soalan periksa: Apakah nama ibu kota Thailand yang asal?, abang menangis di bawah meja sekolah. Sumpah. Nak hafal sifir pun payah nak kena berrotan bagai. 

Waima pesat mengejar modenisasi dan masa hadapan, kota Bangkok tidak pernah lupa budaya dan adat warisan. Tergambar jelas pada seni binaannya yang bisa terlihat di mana-mana.

Ini cerita abang tentang abang di Bangkok.
Bacalah lagi. Membaca kan jambatan ilmu. 



 

Footer Widget #1

Instagram

Sosial

http://i62.tinypic.com/fw2lif.png

Lepas Ni Abang ke

1. New Zealand | South Island
2. London | UK

3. Solo & Jogjakarta | Indonesia

4. Surabaya (Semeru & Bromo)
Copyright 2010 ABANG JALAN. All rights reserved.
Themes by Bonard Alfin | Distributed by: free blogger template videobest blogger templates of 2013 | best vpn anonymous best vpn on mac